Wednesday, 16 March 2016

V. Kepentingan Pendidikan Saya

Nampaknya, topik kali ini lebih serious kalau ingin dibandingkan dengan yang sebelumnya. Tetapi sebelum saya teruskan dengan lebih lanjut, saya ingin membuat disclaimer. Menurut saya perkataan "pendidikan" di sini mengikut definasi yang lain daripada "pembelajaran". Dalam erti kata yang lain, pendidikan = the formal way of learning. Penting sekali untuk menurut definasi "pendidikan" di dalam konteks pos saya ini. Mari kita mula dengan bismillah!

Kalau hidup ini ialah sebuah perjalanan, ia adalah sebuah perjalanan yang tiada henti belajarnya. Setiap hari, setiap sudut, setiap masa, ada sahaja yang boleh dipelajari. Tetapi, pendidikan ini lain cerita. Menurut saya ia tidak sepenting pembelajaran, melainkan jika awak bernasib malang hidup di Singapura. Macam saya.

Saya amat membenci konsep pembelajaran di Singapura. Semuanya sangat ketat, pelajar tidak diberi kebebasan untuk berfikir. Setiap maklumay sudah tertaklul. Semuanya ikut teks. Cara menjawab soalan pun terikat. Setiap jenis soalan mempunyai cara jawapan yang tersendiri. Pada pendapat saya, ini tidak masuk akal sama sekali! Disebabkan ini saya merasakan bahawa pendidikan itu tidak penting. Haha, ya saya sedang menyalahkan sistem pendidikan di negeri saya ini kerana membuakkan perasaan benci ini. Bukan nak kata yang saya tidak berterima kasih pun lah. Syukur dibekalkan ilmu ini, walaupun hanya sedikit.

Menurut saya, pendidikan ini tidak sepatutnya terikat. Ya, semestinya ada beberapa pelajaran seperti matematiks dan sains yang haruslah kita mengikuti cara mengulasnya, tetapi subjek bahasa dan lain lain seharusnya lebih bebas.

Walaupun begitu, saya tahu perjalanan pendidikan saya masih jauh lagi. Dan saya pun berharap yang saya tidak akan berputus asa. Setakat ini, saya baru sahaja menjejaki tahun terakhir pra-u. Kalau nak ikutkan sistem Singapura yang rigid, dah masuk akhir peringkat ketiga lah ini. Saya juga berharap sangat yang peringkat-peringkat yang seterusnya, tidak akan saya lakukan di Singapura sendiri. Haha, kasi lah burung ini terbang jauh sikit!

Saya rasa, saya tidak layak untuk memperpanjangkan lagi hujjah saya untuk hari ini. Sudah, cukup sudah setakat ini. Kalau kita berumur panjang berjumpa lagi bila saya sudah tamatkan pendidikan saya, boleh lah kita berkongsi cerita lagi. Jadi hingga di sini sahaja!



Yang ikhlas dan berangan tinggi,
F. H.