Monday, 21 March 2016

IX. Restoran Kegemaran Saya

Saya bukan seorang yang cerewet makanan. Tapi kalau fikirkan semula, memang banyak juga jenis makanan yang saya tak makan sebenarnya. Jadi boleh dikatakan, pemilih lah. Bukan cerewet.

Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menetapkan restoran kegemaran saya. Saya suka makan orangnya, dan saya juga kalau makan, ikut mood dan ikut orang yang saya akan makan dengan. Tetapi secara keseluruhannya, restoran kegemaran saya ialah Fish & Co! Jeng jeng jeng! Kalau ikutkan hati memang lah ada banyak lagi nak cakap, tapi secara altimetnya, saya sukakan restoran ini. Ia akan terus menjadi pujaan hati saya. Kalau dah cakap gitu, maksudnya kalau di-offer makan di sini, walau apa pun keadaan, saya tidak rasa saya akan katakan tidak.


(Gambar dipetik daripada google)

Restoran ini menjadi kegemaran saya kerana hampir semua yang dihidangkan tu, makanan yang boleh saya makan. Terutama sekali, seleksi fish & chips nya. Mereka mempunyai sebuah konsep "fish&chips from around the world" di mana mereka menghidang fish & chips dalam pelbagai cita rasa yang berbeza. Kononnya ada yang terlebih keju, ada yang sos berbeza, dan ia mengikut tema sesebuah negeri. Saya merasakan seleksi ini sangat unik kerana tidak dilakukan di restoran-restoran yang lain.



Gambar ini dipetik pada hari lahir saya yang ke-16. Keluarga saya membuat kejutan untuk saya di restoran ini.



Yang ini pula dipetik betul-betul lepas hari peperiksaan sem 1. (Dan betul-betul selepas saya habis melalak diluar restoran!)

Saya tidak kerap pergi ke restoran ini. Tetapi kalau nak ukur kegemaran melalui kekerapan, maknanya restoran kegemaran saya tu... McDonalds lah! (Jangan anggap dengan salah, McDonalds cinta pertama saya!) Ada lagi restoran-restoran yang lain yang boleh menandingi status restoran ini di hati saya - contohnya, Nandos? Tetapi restoran ini menjadi pilihan saya kerana saya tidak boleh jemu dengan makanannya. Sebab yang lain pula ialah kenanangan manis yang saya ingat kerana kali saya melawatinya boleh dikira dengan jari agaknya!

Faktor harga juga memainkan peranan. Ia memang lah tidak semurah Macs, tetapi ia juga bukan semahal makanan hotel dan sebagainya. Lagipun, harga yang kita bayar berbaloi kerana hidangan makanan setimpal dengan pembayaran. Hehe, tengoklah! Sekarang saya macam nak pergi lah pula!!!


Yang ikhlas dan tengah mengidam,
F. H.