Monday, 21 March 2016

VII. Perkahwinan Idaman Saya

Memang lah saya ni orangnya kuat berangan apa semua, tapi pasal topik ni, dah dok pikiak berhari-hari, idea tak dak juga! Susah juga sebenarnya topik ni. Kena paksa diri untuk fikirkan perkahwinan idaman, sedangkan calon pun tak ada. Hmmmm... Okay lah, mari kita go je!

Saya kalau boleh nak majlis nikah pada hari jumaat. Ambil berkat hari yang suci lah kan, hehe. Jadi berlangsungnya nikah lepas asar gitu? Lepaskan lah dulu waktu orang solat jumaat, pengantin lelaki pun kene solat jumaat apa!
Kalau boleh saya cuma nak adakan satu majlis je sebenarnya, tak payah lah sampai dua tiga. Tetapi nampaknya memang kene buat begitu. Ini dari penerangan makcik saya lah, keluarga pengantin nanti ada masalah part bahagi-bahagikan duit yang akan digunakan, dan duit yang orang beri. Takkan orang baru nak berbesan, dah nak gaduh dah. Terutama sekali bab duit, jadi tak boleh lah ambil perkara dua majlis ini dengan remeh.

Solusi yang saya sudah fikirkan ialah, hari jumaat, side pengantin perempuan take control (saya lah tu!). Jadi selepas nikah pada hari jumaat adakan acara dinner. Saya nak acara ni dijalankan di hotel. Lagipun tak boleh buat bawah blok pada waktu malam, orang nak tidur. Kita kan hidup bermasyarakat! Kene lah ambil timbang ni semua.
Saya bayangkan tema bagi acara tu nanti berwarna kelabu (macam obit pula grey dalam bahasa melayu!). Saya ni orangnya tidak suka warna-warna pastel. Dan tak mungkin lah kalau perkahwinan nak buat warna hitam. Gelap sangat warna itu kalau dijadikan tema perkahwinan kan! Decor nya boleh berwarna kelabu plus putih. Bab baju pengantin pula saya dilemma sebenarnya, kerana saya tak nak tukar-tukar baju dan sewa baju. Jadi mungkin, baju pada hari jumaat ini, mungkin satu pasang je kot.



(gambar pelamin idaman saya agak susah nak cari...)

Pada hari sabtu keesokannya, baru side pengantin lelaki take-over. Sepatutnya side lelaki lah fikirkan ni kan? Tapi ini blog saya, yang kahwin pun saya, jadi izinkan patik untuk berangan. Tapikan sebenarnya, saya pun tak tahu macam mana nak berikan diskripsi. Kerana sejujurnya, saya sendiri tak selalu memikirannya. Dan dah cuba cari gambar-gambar tetapi tiada yang macam mana saya inginkan. :( Saya akan selitkan gambar-gambar (+diskripsi) secara rambang sahaja lah ya?

Saya inginkan tema perkahwinan kita simple sahaja sebenarnya. Tapi tak adalah sampai tahap simple sangat. Saya pun nak jadi puteri, hehe.
(Sebab memang kalau fikir balik, hari perkahwinan kita je kita diizinkan untuk bermentel. Cuba kalau hari biasa nak pakai dress tulle 10 layer, memang tiada yang nak menghalang, tapi ganjal kan?)

Saya pun nak sangat ada gambar bunga api macam gini!
Pada hari perkahwinan saya, saya nak ada videographer dan fotografer. Yang penting sekali, saya harap boleh lah dapat kawan-kawan saya untuk bantu saya. Sebab saya nak ada beberapa juga jadi momen-momen candid dapat diambil.


Part buah tangan, sebenarnya saya tak ada idea pun! Tapi saya fikirkan kalau boleh beri macam gini, inshaAllah setiap kali dipakai kita dapat pahala kan? Chey!!!



Dekat hotel kan dah pelamin formal, jadi hari sabtu tu kalau boleh saya nak pelamin buai! Hehe, cute kan?


Paling penting sekali saya nak daerah dessert saya kene best! Saya tak nak macam gini lah, saya nak LEBIH dari ini. Nak juga ada kuih muih melayu, tapi tak nak yang terlalu lama juga dan yang saya tak suka. Macam macam eh? Tapi saya yang pengantin, majlis saya kan? Hahaha.


Pada hari sabtu, saya pun nak ada baju pengantin berala india. Macam ala ala lahenga gitu.


Saya pun nak ada satu baju pengantin songket!

Photoshoot dan yang lain-lain lagi saya belum fikirkan juga sebenarnya. Sebab yang kahwin bukan saya seorang, tapi saya kahwin dengan lagi satu insan yang akan mempunyai cita rasa dia sendiri, kena lah pertimbangkan dia punya juga. Masalahnya, saya belum  jumpa lah calon! :( Macam mana?



Yang ikhlas dan masih mencari (:0),
F. H.