Friday, 18 March 2016

VI. Haiwan Yang Saya Ingin Jadikan Peliharaan

Sekali lagi, saya kembali! Topik hari ini agak janggal juga kerana saya ini bukanlah pencinta binatang dan sudah tentu sekali bukan seorang yang menginginkannya. Dari kecil lagi saya tidak pernah memelihara binatang. Dahulu, ayah saya gemar membela ikan. Tetapi saya tidak memandangnya sebagai ikan saya sendiri. Kalau keluar jalan ke rumah orang pun, tidak pernah saya membelai sampai tahap meminta ibu ayah saya seekor kucing kah, hamster kah. Senang kata, topik ini tidak pernah terlintas pun dari fikiran saya sejak kecil lagi!

Secara yang tidak realistik, gambar haiwan yang ini yang ingin saya jadikan binatang peliharaan:


Dan kalau secara realistik nya:

Dalam erti kata lain, sejujurnya saya tidak inginkan binatang peliharaan. Tiada gambar binatang yang comel mana pun yang say ingin jadikan binatang peliharaan.

Saya bukan seorang yang bertanggungjawab atas diri saya sendiri. Kalau diri sendiri tidak terjaga, takkan nak harapkan diri ini pelihara lagi satu makhluk pula? Selain daripada isu tanggungjawab, saya ni bukannya ada masa. Saya tidak banyak habiskan masa di rumah, kalau saya lepak di rumah pun, mana ada waktu untuk didedikasi kan untuk binatang peliharaan saya. Apatah lagi kalau nak bela kucing ke, dan lain lain, pasti memerlukan banyak perhatian. Nak kasi makan hari hari, nak kemas kandang, nak kemas najis nya, nak bermain-main dengannya. Saya tidak mampu!!!

Walaupun saya diberi cuti untuk melakukan eksperimentasi ini, saya tidak akan ingin menyahut cabaran in. Kerana saya ni, orangnya kuat geli! Saya tak suka bulu-bulu. Dan rasanya menyeramkan untuk membelai bola berbulu yang bernyawa! Hahaha. Saya rasa, diskripsi saya amat kelakar, tapi ini lah ikhlas dari hati dan minda.

Jangan haraplah sampai ke besar pun saya akan mempunyai binatang pemeliharaan. Kadang berangan juga lah nak ada seekor teman. Tetapi kalau fikirkan akibat yang akan disebabkan, haa batalkan sahaja niat. Hehe, sangat tidak bertauliah saya ni. Tidak mengapalah, asalkan tidak tipu!





Yang ikhlas dan jujur,
F. H.