Monday, 21 March 2016

VIII. Lagu Yang 'Kena' Dengan Mood

Macam setiap kali saya di sini untuk menulis post sbaru, saya akan berasa bingung. Tahu tak saya nak fikirkan lagu yang "kena" dengan mood saya sekarang ni pun memakan masa yang lama. Sebab terkadang, lagu tu dah sebati sangat dengan mood kita sampai tak terfikirkan pun pasal lagu tu. Haha, agak puitis lah konon! Anyway, tadi saya duduk makan ais krim bersama kawan-kawan seperjuangan saya, aka kakak-kakak pantun generasi dua madrasah alsagoff, saya tiba-tiba terdapat ilham.

Saya mempersembahkan, lagu yang kena dengan mood saya sekarang ini! :




Saya dapat tahu pasal lagu ini sebab baru sahaja saya tonton cerita ini. Faktor ini amat mengejutkan beberapa kawan saya, dan juga diri saya sendiri, kerana saya ni bukan peminat korea! Sama sekali tak minat pun! Tidak terlintas pun di hati pada awalnya, tapi bila saya terlihat video yang sangat sweet di timeline twitter saya, tiba tiba macam terpaut. Fatin pun kenalkan lah kepada saya cerita ini. (Nama ceritanya "She Was Pretty" bagi sesiapa yang berminat.) Haa kau! Sekali dah terikat, ikat simpul mati terus! Saya tidak tidur beberapa hari kerana habiskan tonton cerita ini. Dan lagi ini dimainkan setiap kali pada akhir episod. Saya katakan lagu ini kena dengan mood saya kerana, saya tidak pernah sekali pun skip lagu ini. Selalu dengar sampai habis!

Pada episod pertama tu, saya tidak potong terus kerana hendak membaca maknanya. Tetapi bila dah episod seterusnya tu, saya jadi suka pula. Bila saya baca makna penuh, memang kena dengan perasaan yang sedang saya rasa kan sekarang ini. Rasanya macam terlalu peribadi pula nak terangkan 100% mengapa lagu ini kena dengan mood saya. Jadi saya hanya mampu untuk kongsikan  baris lirik yang saya rasa betul-betul dekat di hati gitu ya?

Geoureul baraboni jeongmal jeongmal mossaenggyeossne
Mossaenggyeosseo neol gajgien mossaenggyeosseo
I looked in the mirror and I’m so ugly
I’m ugly, I’m too ugly to have you


Mesti semua yang baca tertanya-tanya, siapa lah gerangan yang telah membuat fakhriah terangau ni? Tidak lain dan tidak bukan, buah hati saya lah. Siapa lagi?



Saya pun nak kongsikan juga lah lagu-lagu lain dari soundtrack cerita ini yang sudah berjaya buat saya sukakan korea. Chey!







Yang ikhlas dan terangau sendiri,
F. H.