Monday, 29 February 2016

IV. Gambar Bersama Sahabat Baik Yang Paling Saya Suka

Salam semua! Jujur saya nak katakan yang saya dah mula suka projek blog ini. Memang lah masih terkial-kial lagi, tapi rasanya macam 10 hari tu tak cukup! Walau apa pun, mari kita mula dengan hari ke-empat kita ya?

Tafsiran saya tentang tajuk yang diberikan untuk hari ini ialah, gambar saya dan sahabat saya yang saya sangat suka. Maksud di sini, gambar itu yang saya suka! Jadi harap tiada yang tersinggung lah kalau tak nampak mukanya di sini. Bukan saya tak suka awak, cuma tidak ada gambar bersama yang saya suka. Saya percaya bahawa setiap gambar mempunyai sebuah cerita yang tersendiri. Jadi apa yang saya ingin sampaikan ialah, gambar-gambar yang sudah saya pilih merupakan antara gambar kegemaran saya dan ia melambangkan sebuah cerita! Saya pun hanya hadkan gambar pilihan saya daripada tahun 2016-2015, kalau tak saya sendiri yang akan pening! Harap-harap sangat post ini tidak akan membosankan awak semua. 


Ini gambar bersama kakak-kakak senior yang amat saya kasihi. Walaupun tak full squad, tapi kakak-kakak ini lah yang saya ingat muka-muka mereka daripada zaman darjah lagi. Berat rasanya hati hendak lepaskan mereka semua, sebab selepas ini saya pasti hubungan kita tidak akan seerat sekarang, namun saya hanya mampu untuk berdoa dan melepaskan mereka di dalam jagaan Allah.
Selain daripada sebab sentimental, saya memilih gambar ini kerana sebelum gambar ini dipetik, mereka (lebih kepada, Azizah, Aisyah dan Sarah) mengambil kaca mata saya dan menyembunyikannya. Disebabkan itu ialah kaca mata kegemaran saya, saya hampir nak nangis bila tengah cari. Mereka yang lain dengan selamba sahaja play-along! Suka lah tu tengok saya dalam kegelisahan! :(


Gambar ini juga mempunyai cerita yang sangat lucu disebaliknya. Saya dan Athirah, bersama kawan-kawan sekelas kami yang lain sedang berkelah di Sentosa. Tup tap, kami ternampak pokok ni yang banyak instagrammers konon dah berposing, kita pun nak juga! Saya enggan untuk berada di hadapan kerana saya takut dengan laut, jadi Athirah nak step hero lah gitu, dengan sukarelanya pergi ngesot dahulu. Namun, seperti yang boleh kita semua nampak, masih banyak lagi ruang, dia pun takut sebenarnya! Semasa Hannah sedang memetik gambar ini, Athirah tu sebenarnya muka tengah cramp, sedang mengomel nak turun cepat sebab dia takut.

Bonus sikit: Pada hari orientasi DPI kami, bila sedang main game, Athirah datang kepada saya dan menanyakan nama saya. Saya tanpa berfikir terus cakap, "kau tak payah nak step! Kau dah lama follow aku kat instagram!" Saya rasa macam ini boleh dijadikan line drama ke apa gitu.


Ini dia Hannah, saya panggil dia, setan. Kawan saya yang paling tak tahu duduk diam, suka merayap, baik hati, dan tak betul. Muka saya di gambar ini merupakan reaksi saya bila dengan dia. Dan saya ingin memberitahu dunia bahawa, sebenarnya dalam persahabatan kita dua, Hannah ni pembulinya. Percayalah! Dari darjah 6 dia dah buli saya.

Bonus lagi: Zaman PSLE dulu, Hannah minta nombor saya di perpustakaan aljunied. Saya rasa bangga lah konon, ada kawan dari sekolah lain tapi sejurus selepas itu saya tak ingat nama dia pun! Dan kalau bukan kerana DPI, sampai sekarang dia hanya akan digelar sebagai "kawan dari junied".


Gambar ini dipetik dipuncak angkor wat! Hanya kita 6 sahaja yang mengharungi cabaran untuk naik angkor wat. Kawan-kawan yang lain semua tunggu kita di bawah kerana semua dah penat, terutama sekali dengan cuaca Kemboja yang sangat panas. Yang bestnya, bila sudah berada di atas, tiga-tiga guru pembimbing, Mudir, Miss Sofea & Ustazah Noraini, layankan kita bergambar. Di setiap sudut pula tu! (Tak sangatlah... Boleh tahan juga)


Gambar ini saya suka kerana, saya nampak macam kakak-kakak di sini.
Selain daripada itu, dalam gambar ini jelas terlihat bahawa Fasihah membawa sinaran mentari ke dalam hidup saya. *jelingkan mata*

Pelik kan? Kadang kawan yang kita rapat dengan sekarang, dulu padahal saling membenci. Dulu saya panggil Fasihah, "kakak step". Panjang ceritanya, ia memerlukan post khas! Senang kata, dulu kita saling membenci, sekarang masih benci juga kadang, cuma sayang tu lebih!


Azizah dan saya mula berkawan pada 27 Januari 2015. Chey dah macam matair pula! Tapi tak lah, saya dah tahu tentang kewujudunnya dari waktu darjah lagi, cuma kita tak pernah berkawan. Berbual? Ya, tapi setakat hello-bye je. Sekarang pula bila dah muncul dalam hidup saya, enggan nak keluar pula tu. Tapi sejujurnya, segila-gila dia pun, dia antara kawan-kawan yang saya bersyukur sangat Allah pinjamkan. (Macam extra mushy pula dalam bahasa melayu ya... Maksud saya tidaklah semushy itu.)


Gambar yang ini dan gambar di atas dipetik di Ikea, pada hari lahir saya tahun lepas. Saya tak tahu nak buat apa, jadi saya paksa Azizah untuk layankan saya pergi ke Ikea! Tapi part gambar-gambar merepek ni, saya tidak paksa tau. Saya cuma berikan idea, dia yang rela.

"aku belum ada boyfriend lagi so kau kene layan aku eh nak pergi mana-mana"
"ok kalau macam gini i doa you tak ada boyfriend la sampai aku kahwin"



Yang ini pula, #h11waats. Gambar kita tidak pernah full squad, walaupun kami sekelas hanya 11 orang sahaja. Haha!

Gambar ini dipetik di dalam lift sewaktu kita pergi berjalan raya. Banyak lah cerita, secara ringkasnya, jalan raya ini mengajar kita bahawa kita ni belum pass lagi nak jadi mak, amirah gembeng, fakhriah pentingkan ayam goreng sebelum kawan dan takutnya athirah dengan kucing tahap kronik! Dan pengajaran paling penting, jangan pergi jalan raya kalau hari esoknya ada sekolah!!!!!


Amirah. Kawan saya yang paling selenga tapi paling sanggup layankan karenah saya. Kalau nak emo ke, nak fangirl ke, semua cari dia. Pada awal permulaan DPI, saya takut sebab saya masih kekok lagi dengan Amirah. Namun hari demi hari dok pandang je muka dia, dah tak kekok lagi dah. Saya dah paksa dia untuk janji dengan saya yang kita akan berkawan sampailah ke hari tua. Hari kami berdua tidak single lagi! Hahaha!


Dari gambar ini kita boleh lihat bahawa, 
a. Amirah suka bermerepek yang akan membuatkan,
b. saya tampil sebagai yang lebih setan dalam persahabatan ni.
Percayalah saya, kita ni sama. Janganlah terpedaya dengan keayuannya!


Saya suka sangat dengan gambar ini kerana ia betul-betul candid! Ia dipetik selepas saya dah emo-emo nangis kerana kawan-kawan saya berjaya untuk membuat kejutan untuk saya sempena hari lahir saya. Yang saya peluk di gambar ini ialah Nazihah. Dia antara kawan baik saya yang rapat juga. Kini dia berada di aljunied, melanjutkan pelajarannya disana. Walaupun hanya dipisahkan oleh dua tiang lampu trafik, kesibukan dan waktu persekolahan yang berbeza juga menghalang kita. Kalau dahulu, recess duduk sama-sama, sekarang hanya mampu lepak pada waktu yang tertentu sahaja.
Tetapi bak pepatah inggeris yang berbunyi, "True friends won't grow apart even when they don't talk everyday."


Kalau yang tadi, #h11waats, yang ini #weahdah. Kawan-kawan seperjuangan saya sejak darjah satu lagi. Namun kemunculun weahdah, dan kesatuan (unitedness) kita ni semua bermula dari menengah dua. Banyak lah gambar kami bersama, namun saya pilih yang ini kerana ia merepresentasikan kelas kami yang kecoh dan menyerlahkan kebiolan satu-satu. Cuba zoom, perhatikan satu per satu. Sayang saya dengan mereka, hanya tuhan sahaja yang tahu.


Saya bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan mereka semua. Saya hanya mampu untuk mendoakan mereka, tapi kan, doa itu merupakan antara kuasa yang paling kuat di dunia. Saya berharap sangat boleh berjumpa dengan mereka semua lagi di syurga kelak. Ameen ya rabbal alamin.






Yang ikhlas dan sedang merindu,
F. H.