Wednesday, 10 February 2016

I. Lagu Kegemaran

Sejujurnya saya ingin menyatakan bahawa saya berasa amat tertekan dan kekok sekarang. Saya harap para pembaca (aka cikgu munirah) boleh tutup sebelah mata. Maklumlah, saya ni kan, budak baru belajar... Okai, bismillah!

Setiap kali ditanya dengan soalan cepumas yang sebergini, saya perasan yang saya tidak boleh menjawabnya dengan segera. Saya sebenarnya mengambil beberapa hari untuk melakar apa yang saya ingin kongsi di dalam post ini. Susah bagi saya untuk menetapkan hanya beberapa lagu sahaja kerana setiap lagu berbeza dan ia sesuai dengan mood yang berbeza. Sebuah lagu boleh membawa kita ke masa yang telah berlalu ataupun menyemarakkan lagi api perasaan. Namun begitu, saya berjaya untuk memilih lagu-lagu yang bermakna dan juga simbolik buat diri ini untuk dikongsikan.

Saya mengaku, saya memang pelik orangnya. Saya tidak memuat turun lagu-lagu kegemaran saya kerana saya belum sedia lagi untuk membencinya. Saya katakan begitu kerana, saya mempunyai satu kebiasaan yang mana saya akan memutarkan satu lagu beribu-ribu kali sampai lah naik jemu. Tetapi ada satu lagu ni, sudah banyak kali saya mainkan, tapi tak muak-muak lagi. Lagu itu tidak lain dan tidak bukan ialah lagu, Photograph oleh Ed Sheeran. Kalau nak saya buka cerita pasal Ed, memang takkan kemana lah, jadi yang itu kita simpan untuk lain hari!



We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Our hearts were never broken
And time's forever frozen, still

So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
Holding me close until our eyes meet
You won't ever be alone


Pertama kali saya dengar lagu ini, sudah tentu minda saya berlegar sampai ke bab terpisah dengan boyfriend saya yang tak wujud, Yazid (saya dah bilang siang-siang, saya ni pelik orangnya!). Tetapi selepas menghayati lirik lagu, saya berpendapat bahawa, ini adalah dedikasi bagi setiap insan dalam hidup saya yang amat saya kasihi dan hargai. Lirik lagu ini lebih signifikan pada saya kerana saya suka menyimpan filem-filem gambar. Terutama sekali gambar mereka yang saya sayangi. Masa dan zaman boleh berubah, persaudaraan boleh terputus, namun saya mempunyai gambar sebagai bukti.


Lagu seterusnya, ialah Muara Hati oleh Hafiz AF & Dato' Siti. Saya tidak tahu kalau saya berhak untuk memanggil lagu ini lagu kegemaran saya. Lagu ini ialah lagu kegemaran ibu saya. Ia banyak mengingatkan saya tentang dia dan juga waktu yang dilalui bersama dan disebabkan itulah, ia menjadi lagu kegemaran saya. Lagu ini berkait dengan banyak memori. Ia berkuasa untuk membawa saya kembali ke tahun 2012, menggambarkan scenario saya bersungguh-sungguh menahan mata sampai 4 pagi demi untuk menonton drama Adam & Hawa. Ia juga membawa saya ke disember 2013, kerana lagu ini merupakan soundtrack pelancungan ke KL bersama ibu dan adik saya. Imbasan sewaktu di dalam kereta, tidak kira pada waktu tengah malam atau tengah hari, baru balik dari McDrive atau sekolah, nangis atau tawa, bermain di minda setiap kali saya mendengar lagu ini.




Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita


Sampai disini sahaja dulu ya? Harap belum jelak dengan saya, 9/10 lagi!







yang ikhlas dan terkial-kial,
F. H.