Cerita yang saya sangat gemari sejak kecil berjudul 'muhjse dosti karoge'. Bahasa melayunya, 'sudikah awak menjadi teman saya?'
Cerita ini tentang cerita cinta yang berputik dari persahabatan. Persahabatan yang erat (terjalin kerana keluarga yang rapat) dikongsi antara Pooja, Raj dan Tina (kiri ke kanan).
***penerangan plot alert!!!***
Sejak kecil lagi Raj menaruhkan perasaan kepada Tina walaupun cintanya tidak pernah dibalas. Sewaktu Raj bersama keluarganya berpindah ke London, dia berjanji untuk sentiasa mengirimkan emel agar persahabatan mereka tidak akan terputus. Kerana Tina kurang berminat dengan Raj, dia enggan untuk membalas emelnya. Pooja sebagai seorang kawan yang baik, sanggup membalas ke semua emel-emel yang dikirimkan Raj. Tapi kan, kalau kita fikirkan secara logik, kawan mana lah yang akan baik sangat pun, kalau perasaan cinta itu tidak wujud. Kalau pun kawan tu baik, selepas bertahun tahun lamanya saling berkirim emel, takkan lah perasaan cinta itu tidak akan timbul. (Plot twist yang tidak disangkakan! Uwow!)
Bertahun-tahun sudah berlalu, tiga ekor kawan senonet ni sudah pun membesar. Tibalah masanya Raj sekeluarga untuk pulang ke India untuk melawati Pooja dan Tina bersama keluarga mereka. Pooja mengharapkan apabila mereka berjumpa di stesen kereta api, Raj akan mengenal pasti siapakah gadis yang dia sentiasa berbalas emel dengan. Kononnya macam jiwa Raj boleh dapat mengenal pasti jiwa kekasih hatinya. Namun, Raj gagal dengan ujian itu. Dia dengan pantas terus berjalan menuju ke Tina. Kerana Tina kan yang lebih cantik, mestilah. Sementara dia berada di India, Tina terpaksa berlakon seolah-olah dia lah yang mengirimkan emel itu semua. Walaupun ada beberapa hal yang gagal untuk Tina ketahui tentang Raj, dia tidak mengambil endah pun. Maklumlah, orang kata cinta itu membutakan.
Raj mula menyedari kebodohannya apabila dia sudah pulang ke London. Ketika itu, Pooja telah datang ke London kerana dia mempunyai interview dengan pihak universiti impiannya. Mereka berdua sedang mengunjungi gereja kegemaran Raj. Pooja pun mendengungkan (hahaha maksudnya hum) dengungan yang sepatutnya hanya dikongsi antara Raj dan Tina. Pada waktu itu lah baru Raj sedar akan perkara yang patut disedari sejak di India lagi.
Saksikan lah klip ini kalau tak paham penerangan saya! Haha. (Yang ada di youtube cuma yang bersubtitle arab, maafin!)
Perasaan cinta antara mereka pada waktu itu boleh diibaratkan sebagai gunung berapi yang sedang menggelodak. Mereka dengan segeranya ingin pulang ke India untuk memberitahu ahli keluarga mereka masing-masing. Namun plot tersimpul sekali lagi bila kepulangan mereka hanya dijemput oleh kematian bapa Tina. Dengan kejadian tersebut, Pooja memaksa Raj untuk mengahwini Tina kerana dia tidak ingin merampas sumber kebahagiaan terakhirnya.
Raj gagal dalam mengubah fikiran Pooja dan sanggup menunduk kepada permintaan kekasih hatinya tetapi dengan satu syarat - mereka berdua akan berkahwin pada hari yang sama. Kononnya macam Raj dan Pooja akan menjadi pengantin pada tanggal yang sama cuma bukan untuk mengikat tali percintaan mereka.




Keadaan menjadi kecoh, Raj memaksa Pooja untuk berkenalan dengan kawannya, pertunangan antara Raj dan Tina berlangsung, kemudian antara Pooja dan Rohit, tetapi akhirnya seperti cerita cinta yang lain, cerita ini juga mempunyai akhir yang klishe. Pada hari perkahwinan mereka, plot akan disimpul sekali lagi, takdir dan jodoh memainkan peranan mereka untuk membawa hero dan heroine kita ni bersama juga akhirnya.






Sejujurnya, sewaktu saya menonton filem ini dahulu, tak paham apa apa! Cuma suka tengok Tina menari lah, gitu-gitu. Tetapi kini, filem ini merupakan antara filem kegemaran saya kerana saya seorang yang sangat mempercayai akan konseo takdir. Takdir tuhan tidak boleh diubah. Segalanya sudah ditetapkan. Jodoh kita sudah ditulis. Lari lah sejauh manapun, sampai ke Zimbabwe ke Croatia ke akan bertemu juga.
Ong inggeris kata, "what's meant to be will always find a way". (Bukan sahaja dalam konteks jodoh lah, ofcourse!)
Selain daripada itu, nilai persahabatan yang banyak disentuh juga membuat saya gemarkan cerita ini. Di dalam cerita ini, banyak pengorbanan yang dibuat demi untuk mengekalkan taliam persahabatan. Oleh sebab saya sudah terpaut dengan cerita ini sejak kecil lagi,saya berjanji dengan diri saya untuk jangan sesekali mengorbankan persahabatan demi cinta. Tak kisah lah apa pun plot cerita hidup saya tu, kalau persahabatan itu worthy, ianya haruslah dijaga. Tapi belum dapat lah lagi saya buktikan kesetiaan saya kerana, belum sempat bercinta lagi gitu! Hahaha!
Dalam aspek lagu-lagu pula (yang sering diperbualkan kalau masuk bab cerita hindustan ni) saya tak rasa cerita ini mempunyai soundtrack yang BOOMZ! Tapi masih boleh diterima lah kalau ingin dibandingkan dengan cerita-cerita hindustan zaman sekarang. Muhjse Dosti Karoge ini terkenal dengan klip lagu beraneka (medley) mereka pada pertunangan Raj dan Tina. Ia ada selitkan lagu dari Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale Dulhani Le Jayenge dan banyak lagi!
Saya tak berani nak recommendkan cerita ini sebab lain orang, lain citarasa. Nanti kalau tak suka, habis saya dikutuk pula. Tapi cerita ini mendapat kedudukan yang tinggi juga di tangga filem-filem romantik hindustan. Lagipun, cerita ini keluar pada awal 2000-an, zaman itu hindustan masih mantop lagi! Sekarang pun lah, cuma susah sikit kalau nak cari yang betul betul memuaskan hati!
Bagi siapa siapa yang ada rekomendasi ke saranan ke tentang cerita hindustan, kongsi-kongsi lah dengan saya! Kalau cerita romantik komedi dalam bahasa lain pun, saya free je nak reki! Hehe
Okay lah, dah panjang sangat dah ni! Kita jumpa lain hari pula!
Yang ikhlas berjari bengkak,
F. H.