Monday, 29 February 2016

IV. Gambar Bersama Sahabat Baik Yang Paling Saya Suka

Salam semua! Jujur saya nak katakan yang saya dah mula suka projek blog ini. Memang lah masih terkial-kial lagi, tapi rasanya macam 10 hari tu tak cukup! Walau apa pun, mari kita mula dengan hari ke-empat kita ya?

Tafsiran saya tentang tajuk yang diberikan untuk hari ini ialah, gambar saya dan sahabat saya yang saya sangat suka. Maksud di sini, gambar itu yang saya suka! Jadi harap tiada yang tersinggung lah kalau tak nampak mukanya di sini. Bukan saya tak suka awak, cuma tidak ada gambar bersama yang saya suka. Saya percaya bahawa setiap gambar mempunyai sebuah cerita yang tersendiri. Jadi apa yang saya ingin sampaikan ialah, gambar-gambar yang sudah saya pilih merupakan antara gambar kegemaran saya dan ia melambangkan sebuah cerita! Saya pun hanya hadkan gambar pilihan saya daripada tahun 2016-2015, kalau tak saya sendiri yang akan pening! Harap-harap sangat post ini tidak akan membosankan awak semua. 


Ini gambar bersama kakak-kakak senior yang amat saya kasihi. Walaupun tak full squad, tapi kakak-kakak ini lah yang saya ingat muka-muka mereka daripada zaman darjah lagi. Berat rasanya hati hendak lepaskan mereka semua, sebab selepas ini saya pasti hubungan kita tidak akan seerat sekarang, namun saya hanya mampu untuk berdoa dan melepaskan mereka di dalam jagaan Allah.
Selain daripada sebab sentimental, saya memilih gambar ini kerana sebelum gambar ini dipetik, mereka (lebih kepada, Azizah, Aisyah dan Sarah) mengambil kaca mata saya dan menyembunyikannya. Disebabkan itu ialah kaca mata kegemaran saya, saya hampir nak nangis bila tengah cari. Mereka yang lain dengan selamba sahaja play-along! Suka lah tu tengok saya dalam kegelisahan! :(


Gambar ini juga mempunyai cerita yang sangat lucu disebaliknya. Saya dan Athirah, bersama kawan-kawan sekelas kami yang lain sedang berkelah di Sentosa. Tup tap, kami ternampak pokok ni yang banyak instagrammers konon dah berposing, kita pun nak juga! Saya enggan untuk berada di hadapan kerana saya takut dengan laut, jadi Athirah nak step hero lah gitu, dengan sukarelanya pergi ngesot dahulu. Namun, seperti yang boleh kita semua nampak, masih banyak lagi ruang, dia pun takut sebenarnya! Semasa Hannah sedang memetik gambar ini, Athirah tu sebenarnya muka tengah cramp, sedang mengomel nak turun cepat sebab dia takut.

Bonus sikit: Pada hari orientasi DPI kami, bila sedang main game, Athirah datang kepada saya dan menanyakan nama saya. Saya tanpa berfikir terus cakap, "kau tak payah nak step! Kau dah lama follow aku kat instagram!" Saya rasa macam ini boleh dijadikan line drama ke apa gitu.


Ini dia Hannah, saya panggil dia, setan. Kawan saya yang paling tak tahu duduk diam, suka merayap, baik hati, dan tak betul. Muka saya di gambar ini merupakan reaksi saya bila dengan dia. Dan saya ingin memberitahu dunia bahawa, sebenarnya dalam persahabatan kita dua, Hannah ni pembulinya. Percayalah! Dari darjah 6 dia dah buli saya.

Bonus lagi: Zaman PSLE dulu, Hannah minta nombor saya di perpustakaan aljunied. Saya rasa bangga lah konon, ada kawan dari sekolah lain tapi sejurus selepas itu saya tak ingat nama dia pun! Dan kalau bukan kerana DPI, sampai sekarang dia hanya akan digelar sebagai "kawan dari junied".


Gambar ini dipetik dipuncak angkor wat! Hanya kita 6 sahaja yang mengharungi cabaran untuk naik angkor wat. Kawan-kawan yang lain semua tunggu kita di bawah kerana semua dah penat, terutama sekali dengan cuaca Kemboja yang sangat panas. Yang bestnya, bila sudah berada di atas, tiga-tiga guru pembimbing, Mudir, Miss Sofea & Ustazah Noraini, layankan kita bergambar. Di setiap sudut pula tu! (Tak sangatlah... Boleh tahan juga)


Gambar ini saya suka kerana, saya nampak macam kakak-kakak di sini.
Selain daripada itu, dalam gambar ini jelas terlihat bahawa Fasihah membawa sinaran mentari ke dalam hidup saya. *jelingkan mata*

Pelik kan? Kadang kawan yang kita rapat dengan sekarang, dulu padahal saling membenci. Dulu saya panggil Fasihah, "kakak step". Panjang ceritanya, ia memerlukan post khas! Senang kata, dulu kita saling membenci, sekarang masih benci juga kadang, cuma sayang tu lebih!


Azizah dan saya mula berkawan pada 27 Januari 2015. Chey dah macam matair pula! Tapi tak lah, saya dah tahu tentang kewujudunnya dari waktu darjah lagi, cuma kita tak pernah berkawan. Berbual? Ya, tapi setakat hello-bye je. Sekarang pula bila dah muncul dalam hidup saya, enggan nak keluar pula tu. Tapi sejujurnya, segila-gila dia pun, dia antara kawan-kawan yang saya bersyukur sangat Allah pinjamkan. (Macam extra mushy pula dalam bahasa melayu ya... Maksud saya tidaklah semushy itu.)


Gambar yang ini dan gambar di atas dipetik di Ikea, pada hari lahir saya tahun lepas. Saya tak tahu nak buat apa, jadi saya paksa Azizah untuk layankan saya pergi ke Ikea! Tapi part gambar-gambar merepek ni, saya tidak paksa tau. Saya cuma berikan idea, dia yang rela.

"aku belum ada boyfriend lagi so kau kene layan aku eh nak pergi mana-mana"
"ok kalau macam gini i doa you tak ada boyfriend la sampai aku kahwin"



Yang ini pula, #h11waats. Gambar kita tidak pernah full squad, walaupun kami sekelas hanya 11 orang sahaja. Haha!

Gambar ini dipetik di dalam lift sewaktu kita pergi berjalan raya. Banyak lah cerita, secara ringkasnya, jalan raya ini mengajar kita bahawa kita ni belum pass lagi nak jadi mak, amirah gembeng, fakhriah pentingkan ayam goreng sebelum kawan dan takutnya athirah dengan kucing tahap kronik! Dan pengajaran paling penting, jangan pergi jalan raya kalau hari esoknya ada sekolah!!!!!


Amirah. Kawan saya yang paling selenga tapi paling sanggup layankan karenah saya. Kalau nak emo ke, nak fangirl ke, semua cari dia. Pada awal permulaan DPI, saya takut sebab saya masih kekok lagi dengan Amirah. Namun hari demi hari dok pandang je muka dia, dah tak kekok lagi dah. Saya dah paksa dia untuk janji dengan saya yang kita akan berkawan sampailah ke hari tua. Hari kami berdua tidak single lagi! Hahaha!


Dari gambar ini kita boleh lihat bahawa, 
a. Amirah suka bermerepek yang akan membuatkan,
b. saya tampil sebagai yang lebih setan dalam persahabatan ni.
Percayalah saya, kita ni sama. Janganlah terpedaya dengan keayuannya!


Saya suka sangat dengan gambar ini kerana ia betul-betul candid! Ia dipetik selepas saya dah emo-emo nangis kerana kawan-kawan saya berjaya untuk membuat kejutan untuk saya sempena hari lahir saya. Yang saya peluk di gambar ini ialah Nazihah. Dia antara kawan baik saya yang rapat juga. Kini dia berada di aljunied, melanjutkan pelajarannya disana. Walaupun hanya dipisahkan oleh dua tiang lampu trafik, kesibukan dan waktu persekolahan yang berbeza juga menghalang kita. Kalau dahulu, recess duduk sama-sama, sekarang hanya mampu lepak pada waktu yang tertentu sahaja.
Tetapi bak pepatah inggeris yang berbunyi, "True friends won't grow apart even when they don't talk everyday."


Kalau yang tadi, #h11waats, yang ini #weahdah. Kawan-kawan seperjuangan saya sejak darjah satu lagi. Namun kemunculun weahdah, dan kesatuan (unitedness) kita ni semua bermula dari menengah dua. Banyak lah gambar kami bersama, namun saya pilih yang ini kerana ia merepresentasikan kelas kami yang kecoh dan menyerlahkan kebiolan satu-satu. Cuba zoom, perhatikan satu per satu. Sayang saya dengan mereka, hanya tuhan sahaja yang tahu.


Saya bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan mereka semua. Saya hanya mampu untuk mendoakan mereka, tapi kan, doa itu merupakan antara kuasa yang paling kuat di dunia. Saya berharap sangat boleh berjumpa dengan mereka semua lagi di syurga kelak. Ameen ya rabbal alamin.






Yang ikhlas dan sedang merindu,
F. H. 


Tuesday, 23 February 2016

III. Temu Janji Pertama Yang Sempurna

Seperti yang ramai sedia maklum (kalau tidak, saya nak memaklumkan lah ni), saya suka berangan. Penat tau sebenarnya jadi orang yang kuat berangan ni! Asyik berangan je, bila nak game? :..( Tetapi untuk post kali ini, saya akan tone down kan sedikit keberanganan saya ni. Bosan lah pula kalau topik ni diterhadkan hanya untuk kekasih. Lagipun, pada pendapat saya, temu janji pertama ialah sebuah pertemuan yang general. Sebab ia menandakan pertemuan pertama, baru nak mula kenal-kenal. Boleh dikatakan, tanda permulaan sebuah persahabatan. (kalau kekasih pun, bukan ke mulanya sebagai seorang kawan?) (pendapat saya lah tapi, hehe)

Tipu lah kalau nak katakan yang saya tidak ada senarai temu janji idaman, tapi masalahnya saya sendiri tak tahu temu janji pertama idaman saya tu macam mana. Okai lah, bismillah, saya cuba ya!

Saya tak suka idea temu janji pertama yang akan timbul di minda disebabkan pengaruh budaya barat, namun saya percaya bahawa part makan memang wajib dan harus diselitkan. (Okay saya tak tahu macam mana nak terangkan tapi...) Saya hanya cuma suka makan dengan sesetengah orang. Macam ada orang, saya tak nak kongsi waktu makan dengan, kerana ada orang memang mempunyai "jangan makan dengan saya" vibe. Kalau dah berniat untuk membawa perkenalan itu ke tahap yang seterusnya, pastinya akan ada lebih banyak lagi temu janji untuk makan. Jadi saya hendaklah boleh terima cara kawan saya makan. Kalau persahabatan itu pula dibawa ke jinjing pelamin nanti makinlah teruk. Pagi petang siang malam nak makan kene hadap orang yang sama. Paham kan maksud saya?

Selain daripada mempertimbangkan habit sewaktu makan, definisi tentang keseronokkan seseorang itu juga memainkan peranan. Cara pemikiran dan cara perbualan pun penting apabila hanya berdua. Eh, kalau fikirkan balik, memanglah temu janji pertama ini sungguh menekankan. Ini adalah satu-satunya peluang untuk kita buktikan yang kita layak untuk kekal dalam hidup masing masing. Kalau ada yang janggal sahaja, akan terpeliok lah persahabatan itu. Bukan ke begitu?


Haa, boleh agak kan temu janji pertama idaman saya macam mana? Mula-mula lepas dah jumpa boleh lah kita pergi ke muzium! Saya ni bukan lah fanatik sangat dengan seni, hanya minat gitu-gitu sahaja. Tetapi saya telah memilih muzium kerana, ia merupakan sebuah tempat yang senyap, maka terpaksa lah berbual. Apa yang diperbualkan akan menentukan kalau kita boleh kamcheng atau tidak. (Tambahan lagi, boleh lah uji kebolehan dia mengambil gambar, boleh gitu?)

Selepas itu, bila nak pergi makan, nampak apek jual ice-cream $1 tu kaup je lah! Bab makan pula, saya sebenarnya tak kisah malahan lagi rela makan yang murah-murah. Kalau pergi foodcourt Boon Keng makan sup tulang pun syiok juga. Dah habis makan, ada ujian lagi, ujian ketiga. Nak tengok kalau orang saya keluar dengan ini, ingat Ilahi ke tidak! Cheh berbual macam paham.

Dah cukup lah tu, tak payah nak melebih sangat. Ada sesiapa yang berminat nak penuhi keinginan saya ini tak? Kita boleh buat dua kali lah, satu cara saya dan lagi satu cara awak? Hehe.


Yang ikhlas dan sedang berangan,
F. H. 

Wednesday, 17 February 2016

II. Filem Kegemaran

Genre filem yang saya gemari sebenarnya tak ada lah lain daripada yang lain sangat. Filem romantik komedi juga yang boleh memikat hati. Lebih dikenali sebagai, rom-com ong kata! Saya sukalah juga tengok cerita hantu dengan kawan-kawan, boleh pekik sekuat hati dalam panggung wayang, tapi genre cerita yang paling tak boleh saya tahan pun ialah cerita fiksi sains, amat membosankan dan selalunya mengambil masa yang sangat lama. Saya hanya tak kisah korbankan berjam-jam lamanya untuk cerita-cerita hindustan!!! Dari kecil lagi saya suka tonton cerita hindustan. Mak saya pernah ceritakan, dahulu taktik kalau nak suruh saya duduk diam sementara dia membuat kerja, persiapan raya ke apa ke, dia akan mainkan hindustan sahaja. Saya secara automatik akan menotot je depan tv tu.

Cerita yang saya sangat gemari sejak kecil berjudul 'muhjse dosti karoge'. Bahasa melayunya, 'sudikah awak menjadi teman saya?'


Cerita ini tentang cerita cinta yang berputik dari persahabatan. Persahabatan yang erat (terjalin kerana keluarga yang rapat) dikongsi antara Pooja, Raj dan Tina (kiri ke kanan).


***penerangan plot alert!!!***


Sejak kecil lagi Raj menaruhkan perasaan kepada Tina walaupun cintanya tidak pernah dibalas. Sewaktu Raj bersama keluarganya berpindah ke London, dia berjanji untuk sentiasa mengirimkan emel agar persahabatan mereka tidak akan terputus. Kerana Tina kurang berminat dengan Raj, dia enggan untuk membalas emelnya. Pooja sebagai seorang kawan yang baik, sanggup membalas ke semua emel-emel yang dikirimkan Raj. Tapi kan, kalau kita fikirkan secara logik, kawan mana lah yang akan baik sangat pun, kalau perasaan cinta itu tidak wujud. Kalau pun kawan tu baik, selepas bertahun tahun lamanya saling berkirim emel, takkan lah perasaan cinta itu tidak akan timbul. (Plot twist yang tidak disangkakan! Uwow!)

Bertahun-tahun sudah berlalu, tiga ekor kawan senonet ni sudah pun membesar. Tibalah masanya Raj sekeluarga untuk pulang ke India untuk melawati Pooja dan Tina bersama keluarga mereka. Pooja mengharapkan apabila mereka berjumpa di stesen kereta api, Raj akan mengenal pasti siapakah gadis yang dia sentiasa berbalas emel dengan. Kononnya macam jiwa Raj boleh dapat mengenal pasti jiwa kekasih hatinya. Namun, Raj gagal dengan ujian itu. Dia dengan pantas terus berjalan menuju ke Tina. Kerana Tina kan yang lebih cantik, mestilah. Sementara dia berada di India, Tina terpaksa berlakon seolah-olah dia lah yang mengirimkan emel itu semua. Walaupun ada beberapa hal yang gagal untuk Tina ketahui tentang Raj, dia tidak mengambil endah pun. Maklumlah, orang kata cinta itu membutakan.

Raj mula menyedari kebodohannya apabila dia sudah pulang ke London. Ketika itu, Pooja telah datang ke London kerana dia mempunyai interview dengan pihak universiti impiannya. Mereka berdua sedang mengunjungi gereja kegemaran Raj. Pooja pun mendengungkan (hahaha maksudnya hum) dengungan yang sepatutnya hanya dikongsi antara Raj dan Tina. Pada waktu itu lah baru Raj sedar akan perkara yang patut disedari sejak di India lagi. 

Saksikan lah klip ini kalau tak paham penerangan saya! Haha. (Yang ada di youtube cuma yang bersubtitle arab, maafin!)



Perasaan cinta antara mereka pada waktu itu boleh diibaratkan sebagai gunung berapi yang sedang menggelodak. Mereka dengan segeranya ingin pulang ke India untuk memberitahu ahli keluarga mereka masing-masing. Namun plot tersimpul sekali lagi bila kepulangan mereka hanya dijemput oleh kematian bapa Tina. Dengan kejadian tersebut, Pooja memaksa Raj untuk mengahwini Tina kerana dia tidak ingin merampas sumber kebahagiaan terakhirnya. 

Raj gagal dalam mengubah fikiran Pooja dan sanggup menunduk kepada permintaan kekasih hatinya tetapi dengan satu syarat - mereka berdua akan berkahwin pada hari yang sama. Kononnya macam Raj dan Pooja akan menjadi pengantin pada tanggal yang sama cuma bukan untuk mengikat tali percintaan mereka. 


Keadaan menjadi kecoh, Raj memaksa Pooja untuk berkenalan dengan kawannya, pertunangan antara Raj dan Tina berlangsung, kemudian antara Pooja dan Rohit, tetapi akhirnya seperti cerita cinta yang lain, cerita ini juga mempunyai akhir yang klishe. Pada hari perkahwinan mereka, plot akan disimpul sekali lagi, takdir dan jodoh memainkan peranan mereka untuk membawa hero dan heroine kita ni bersama juga akhirnya. 


Sejujurnya, sewaktu saya menonton filem ini dahulu, tak paham apa apa! Cuma suka tengok Tina menari lah, gitu-gitu. Tetapi kini, filem ini merupakan antara filem kegemaran saya kerana saya seorang yang sangat mempercayai akan konseo takdir. Takdir tuhan tidak boleh diubah. Segalanya sudah ditetapkan. Jodoh kita sudah ditulis. Lari lah sejauh manapun, sampai ke Zimbabwe ke Croatia ke akan bertemu juga. 
Ong inggeris kata, "what's meant to be will always find a way". (Bukan sahaja dalam konteks jodoh lah, ofcourse!)

Selain daripada itu, nilai persahabatan yang banyak disentuh juga membuat saya gemarkan cerita ini. Di dalam cerita ini, banyak pengorbanan yang dibuat demi untuk mengekalkan taliam persahabatan. Oleh sebab saya sudah terpaut dengan cerita ini sejak kecil lagi,saya berjanji dengan diri saya untuk jangan sesekali mengorbankan persahabatan demi cinta. Tak kisah lah apa pun plot cerita hidup saya tu, kalau persahabatan itu worthy, ianya haruslah dijaga. Tapi belum dapat lah lagi saya buktikan kesetiaan saya kerana, belum sempat bercinta lagi gitu! Hahaha!

Dalam aspek lagu-lagu pula (yang sering diperbualkan kalau masuk bab cerita hindustan ni) saya tak rasa cerita ini mempunyai soundtrack yang BOOMZ! Tapi masih boleh diterima lah kalau ingin dibandingkan dengan cerita-cerita hindustan zaman sekarang. Muhjse Dosti Karoge ini terkenal dengan klip lagu beraneka (medley) mereka pada pertunangan Raj dan Tina. Ia ada selitkan lagu dari Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale Dulhani Le Jayenge dan banyak lagi! 

Saya tak berani nak recommendkan cerita ini sebab lain orang, lain citarasa. Nanti kalau tak suka, habis saya dikutuk pula. Tapi cerita ini mendapat kedudukan yang tinggi juga di tangga filem-filem romantik hindustan. Lagipun, cerita ini keluar pada awal 2000-an, zaman itu hindustan masih mantop lagi! Sekarang pun lah, cuma susah sikit kalau nak cari yang betul betul memuaskan hati!

Bagi siapa siapa yang ada rekomendasi ke saranan ke tentang cerita hindustan, kongsi-kongsi lah dengan saya! Kalau cerita romantik komedi dalam bahasa lain pun, saya free je nak reki! Hehe

Okay lah, dah panjang sangat dah ni! Kita jumpa lain hari pula!



Yang ikhlas berjari bengkak,
F. H.

Wednesday, 10 February 2016

I. Lagu Kegemaran

Sejujurnya saya ingin menyatakan bahawa saya berasa amat tertekan dan kekok sekarang. Saya harap para pembaca (aka cikgu munirah) boleh tutup sebelah mata. Maklumlah, saya ni kan, budak baru belajar... Okai, bismillah!

Setiap kali ditanya dengan soalan cepumas yang sebergini, saya perasan yang saya tidak boleh menjawabnya dengan segera. Saya sebenarnya mengambil beberapa hari untuk melakar apa yang saya ingin kongsi di dalam post ini. Susah bagi saya untuk menetapkan hanya beberapa lagu sahaja kerana setiap lagu berbeza dan ia sesuai dengan mood yang berbeza. Sebuah lagu boleh membawa kita ke masa yang telah berlalu ataupun menyemarakkan lagi api perasaan. Namun begitu, saya berjaya untuk memilih lagu-lagu yang bermakna dan juga simbolik buat diri ini untuk dikongsikan.

Saya mengaku, saya memang pelik orangnya. Saya tidak memuat turun lagu-lagu kegemaran saya kerana saya belum sedia lagi untuk membencinya. Saya katakan begitu kerana, saya mempunyai satu kebiasaan yang mana saya akan memutarkan satu lagu beribu-ribu kali sampai lah naik jemu. Tetapi ada satu lagu ni, sudah banyak kali saya mainkan, tapi tak muak-muak lagi. Lagu itu tidak lain dan tidak bukan ialah lagu, Photograph oleh Ed Sheeran. Kalau nak saya buka cerita pasal Ed, memang takkan kemana lah, jadi yang itu kita simpan untuk lain hari!



We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Our hearts were never broken
And time's forever frozen, still

So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
Holding me close until our eyes meet
You won't ever be alone


Pertama kali saya dengar lagu ini, sudah tentu minda saya berlegar sampai ke bab terpisah dengan boyfriend saya yang tak wujud, Yazid (saya dah bilang siang-siang, saya ni pelik orangnya!). Tetapi selepas menghayati lirik lagu, saya berpendapat bahawa, ini adalah dedikasi bagi setiap insan dalam hidup saya yang amat saya kasihi dan hargai. Lirik lagu ini lebih signifikan pada saya kerana saya suka menyimpan filem-filem gambar. Terutama sekali gambar mereka yang saya sayangi. Masa dan zaman boleh berubah, persaudaraan boleh terputus, namun saya mempunyai gambar sebagai bukti.


Lagu seterusnya, ialah Muara Hati oleh Hafiz AF & Dato' Siti. Saya tidak tahu kalau saya berhak untuk memanggil lagu ini lagu kegemaran saya. Lagu ini ialah lagu kegemaran ibu saya. Ia banyak mengingatkan saya tentang dia dan juga waktu yang dilalui bersama dan disebabkan itulah, ia menjadi lagu kegemaran saya. Lagu ini berkait dengan banyak memori. Ia berkuasa untuk membawa saya kembali ke tahun 2012, menggambarkan scenario saya bersungguh-sungguh menahan mata sampai 4 pagi demi untuk menonton drama Adam & Hawa. Ia juga membawa saya ke disember 2013, kerana lagu ini merupakan soundtrack pelancungan ke KL bersama ibu dan adik saya. Imbasan sewaktu di dalam kereta, tidak kira pada waktu tengah malam atau tengah hari, baru balik dari McDrive atau sekolah, nangis atau tawa, bermain di minda setiap kali saya mendengar lagu ini.




Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita


Sampai disini sahaja dulu ya? Harap belum jelak dengan saya, 9/10 lagi!







yang ikhlas dan terkial-kial,
F. H.