Tuesday, 31 May 2016

Kesalahan pada bintang kita,

Saya tidak mahu come off as klishe, tapi saya tidak boleh nafikan fakta bahawasanya saya ni memang klishe orangnya! Jadi untuk tugasan hari ini saya akan kongsi dengan awak semua tentang buku yang telah mengubah hidup saya. Jangan ambil itu secara ekspresi hiperbola ya, buku ini tidaklah sampai mengubah hidup saya secara drastik ataupun dramatik.

Daripada tajuk post ini, saya pasti semua sudah boleh tahu buku yang saya pilih untuk tugasan ini. Ia adalah buku hasil karya John Green, The Fault In Our Stars.

 

Mengapa saya katakan buku ini telah mengubah hidup saya kerana buku inilah yang membuka pintu hati saya untuk suka membaca novel novel bahasa inggeris. Dahulu saya sangat membencikan membaca. Namun, selepas saya membaca buku ini, ia telah merealisasikan magik yang sering kawan-kawan saya katakan. Buku ini membuat saya sedar bahawa percantuman perkataan boleh membuat seseorang berasa sedih, gembira, terharu, terpaku dan segala macam emosi. Dengan ini juga, saya amat kagum dengan para penulis yang berjaya membuat sedemikian. Sekarang ni, saya bukanlah avid-reader pun, tapi sekurang-kurangnya saya tidak membenci membaca lagi!

Buku ini menceritakan tentang dua remaja yang menghidap penyakit kanser, dan saling mencintai. Ia menggambarkan realiti menghidapi penyakit ini dan kehilangan seseorang yang amat kita sayangi. Sebab saya memilih buku ini untuk tugasan ini kerana, buku ini bermakna bagi saya. Orang kata, it symbolises something, gitu. Tapi tu cerita lain hari lah eh! Kalau nak tahu cerita ni, kenalah berjaga malam sampai 3 pagi, nanti saya buka cerita! Huahuahua.

John Green telah berjaya memintal hati pembacanya dan memainkan perasaan mereka. Cerita ini berbackgroundkan kehidupan para remaja, jadi pada mula cerita nya, ia sangat ceria dan kelakar. Namun selepas klimaks ceritanya, semuanya bermula untuk berubah. Saya tidak tahu macam mana nak bagi review tanpa spoilkan cerita ini. Saranan saya bagi siapa-siapa yang belum baca buku ini, boleh lah pergi baca. Kalau malas, atau tiada masa boleh sahaja tonton filemnya.

Buku ini membuat saya takut untuk kehilangan orang yang saya sayangi dan ia mengajar saya untuk menyayangi dengan pemurahnya. Walaupun ia antara dua insan kira macam cinta hati gitu, pada saya konteks ini boleh diaplikasikan kepada semua orang dalam hidup kita yang kita sayangi dan hargai.

 

Buku ini merupakan buku yang   special and rare and yours that advertising your affection feels like a betrayal. (See what I did there?)(orang yang pernah baca mungkin akan paham)




Hehe, sampai sini sahaja ya! Kalau panjang umur, jumpa lagi!



Monday, 21 March 2016

X. Barang Terakhir Yang Saya Beli

Kalau nak saya jawab soalan ini dengan setepat-tepat nya, barang terakhir semuanya dah masuk perut saya. Baru-baru ini saya asik menghabiskan wang untuk makanan sahaja! Bila fikirkan apa yang patut saya tulis untuk post ini, baru saya perasan yang sudah lama saya tidak pergi membeli belah. Online shopping pun dah lama. Kononnya nak berjimat cermat tapi duit dihabiskan untuk makanan.... Mana tak nye.... Hahaha!

Baiklah, ini barang terakhir yang saya beli.


Ia bukan sembarang buku tau! Fungsi buku ini seperti scrapbook. Bukan buku bacaan. Setiap lembar mempunyai arahan yang sendiri. Kononnya macam "conteng lembar ini" atau "tuang air ke atas lembar ini". Dah lama sebenarnya saya inginkan buku daripada Keri Smith. Hampir kesemua bukunya mempunyai konsep yang sama. Kalau tidak, ia akan mempunyai unsur-unsur kreatif. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Keri, boleh sahaja google namanya.



Saya membeli buku ini di carousell. Bagi yang tidak tahu, ini adalah aplikasi yang membenarkan kita untuk membeli belah. Salah satu wadahnya lah. Selalunya barang-barang yang dijual, ialah barang yang terpakai. Buku ini antaranya!

Saya tahu, macam ganjal kan nak beli scrapbook yang telah dipakai. Tetapi hanya beberapa lembar sahaja yang sudah pun diconteng oleh penjual. Dan buku ini juga masih dalam keadaan yang baik. Menurut falsampah saya, macam cool lah gitu mengongsi buku walaupun tak kenal satu sama lain. Minda pemikiran kreatif dua orang yang berbeza yang membuat buku ini. Hehe, paham tak maksud saya? Saya menyuruh pemilik buku ini yang sebelumnya untuk menulis initials nya di kulit buku. Sebagai bukti kononnya.


Yang mendorong saya untuk membeli buku ini paling penting sekali ialah harganya. Penjual hanya menjualnya untuk 2 dollar sahaja! Mana boleh saya lepaskan peluang ini! Diluar sana belasan. Ada juga yang sampai puluhan kalau tak silap.



Anyway, diam tak diam sudah sampai pun kita ke hari yang kesepuluh. Ini bermakna, tamat sudah perjalanan kita. Rasanya macam saya tidak mahu berhenti dan habiskan sampai ke hari yang tiga puluh. Bagi pembaca setia, saya ingin tahu pendapat awak! (Step hotstuff lah pula.) tapi apa pun, kita akan tunggu cikgu yang tersayang untuk menilai projek blog saya ini dahulu. Sampai ketemu lagi!



Yang ikhlas dan berasa lega,
F. H. 

IX. Restoran Kegemaran Saya

Saya bukan seorang yang cerewet makanan. Tapi kalau fikirkan semula, memang banyak juga jenis makanan yang saya tak makan sebenarnya. Jadi boleh dikatakan, pemilih lah. Bukan cerewet.

Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menetapkan restoran kegemaran saya. Saya suka makan orangnya, dan saya juga kalau makan, ikut mood dan ikut orang yang saya akan makan dengan. Tetapi secara keseluruhannya, restoran kegemaran saya ialah Fish & Co! Jeng jeng jeng! Kalau ikutkan hati memang lah ada banyak lagi nak cakap, tapi secara altimetnya, saya sukakan restoran ini. Ia akan terus menjadi pujaan hati saya. Kalau dah cakap gitu, maksudnya kalau di-offer makan di sini, walau apa pun keadaan, saya tidak rasa saya akan katakan tidak.


(Gambar dipetik daripada google)

Restoran ini menjadi kegemaran saya kerana hampir semua yang dihidangkan tu, makanan yang boleh saya makan. Terutama sekali, seleksi fish & chips nya. Mereka mempunyai sebuah konsep "fish&chips from around the world" di mana mereka menghidang fish & chips dalam pelbagai cita rasa yang berbeza. Kononnya ada yang terlebih keju, ada yang sos berbeza, dan ia mengikut tema sesebuah negeri. Saya merasakan seleksi ini sangat unik kerana tidak dilakukan di restoran-restoran yang lain.



Gambar ini dipetik pada hari lahir saya yang ke-16. Keluarga saya membuat kejutan untuk saya di restoran ini.



Yang ini pula dipetik betul-betul lepas hari peperiksaan sem 1. (Dan betul-betul selepas saya habis melalak diluar restoran!)

Saya tidak kerap pergi ke restoran ini. Tetapi kalau nak ukur kegemaran melalui kekerapan, maknanya restoran kegemaran saya tu... McDonalds lah! (Jangan anggap dengan salah, McDonalds cinta pertama saya!) Ada lagi restoran-restoran yang lain yang boleh menandingi status restoran ini di hati saya - contohnya, Nandos? Tetapi restoran ini menjadi pilihan saya kerana saya tidak boleh jemu dengan makanannya. Sebab yang lain pula ialah kenanangan manis yang saya ingat kerana kali saya melawatinya boleh dikira dengan jari agaknya!

Faktor harga juga memainkan peranan. Ia memang lah tidak semurah Macs, tetapi ia juga bukan semahal makanan hotel dan sebagainya. Lagipun, harga yang kita bayar berbaloi kerana hidangan makanan setimpal dengan pembayaran. Hehe, tengoklah! Sekarang saya macam nak pergi lah pula!!!


Yang ikhlas dan tengah mengidam,
F. H.